Home Pedoman Haraki

Ganjaran Menyediakan Makanan Berbuka Puasa

896
SHARE

Sejenak RAMADHAN (Siri 2)

oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ganjaran Menyediakan Makanan Berbuka Puasa

Nabi saw bersabda:

“Siapa memberi makan berbuka bagi seorang yang berpuasa baginya seumpama ganjaran orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
(Hadis riwayat Tirmidzi dan dinilai sebagai Hasan Sahih)

1. Hadis ini menjadi dalil menunjukkan bahawa menyediakan makanan untuk orang Berbuka Puasa adalah antara ibadah yang besar ganjarannya pada bulan Ramadhan sebagaimana Berbuka Puasa itu sendiri juga satu ibadah.

2. Hal ini kerana ia merupakan satu perlakuan memuliakan dan menghargai orang-orang yang beribadah dengan berpuasa.

3. Ia juga merupakan manifestasi jiwa dermawan yang sudi memberi sama ada atas nama sodakah kepada orang miskin yang berpuasa atau sebagai hadiah kepada orang kaya.

4. Istimewanya ialah ia merupakan sodakah dan hadiah bagi menyempurnakan ibadah orang yang melakukan ibadah.

5. Mengeluarkan belanja untuk tujuan ini mendidik seorang muslim melihat dunia sebagai kecil nilainya. Lantaran itu, ia mampu diberikan dan dikongsikan dengan orang lain untuk dinikmati. Seorang yang merasakan dunia itu sangat besar nilaiannya berbanding Akhirat tidak mampu melakukannya.

Sekian.
Ahad 2 Ramadhan 1438 H / 28hb Mei 2017

{jathumbnail off}