Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 27 Julai – Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Gombak melalui NGO MaarufCare bersama NGO LKK Squad Perihatin dan Muslim Care berganding bahu meneruskan usaha kebajikan dalam misi membantu dan membela nasib mereka yang dihimpit masalah disaat pandemik Covid-19 yang semakin mengganas ini.
Mereka telah menyantuni 15 buah keluarga yang terdiri daripada berbagai kategori dan bangsa, disekitar Pangsapuri Selaseh Indah, Selaseh Tambahan dan kawasan perumahan Greenwood. Penyerahan sumbangan berbentuk barang keperluan asas seperti barangan dapur dan barang basah turut dilaksanakan.
Menurut laporan, rata-rata para penerima menzahirkan rasa sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberi, disaat mereka amat memerlukannya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada sukarelawan MaarufCare Hj Ramli, sdr Azizul, Bro Kasim, Kak Mas dan Mak Jah yang telah turun bersama mengiringi Team DrUyun, Zuriati dan Sue.
Semoga segala usaha kecil kita ini diterima Allah SWT dan dikira sebagai amal soleh, agar dapat menarik dan membawa masyarakat lain terus melaksanakan kebaikan dan berkebajikan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor