Home Berita PAS Selangor

Ganding bahu bantu rakyat PKPD – PAS Kawasan Kota Raja

73
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 25 Julai – Sumbangan untuk kawasan PKPD Jalan Nilam, Bandar Bukit Tinggi di teruskan sebagai reaksi kepada situasi yang sedang dihadapi penduduk.

Kali ini gandingan KRCAMALSELANGOR, NGO KASEH, Pusat Khidmat PAS Parlimen Kota Raja, Khidmat Malaysia Kota Raja dan Klang, Bakawanis Kawasan Klang, DHPP Kota Raja serta Jabatan Amal Klang turun padang bagi menyampaikan sumbangan yang berbentuk pek barangan asas dan ayam kepada mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohamed Diah Baharun, YDP PAS Kawasan Kota Raja merangkap Penyelaras PKM PAS Parlimen Kota Raja, Ustaz Khalid Nayan YDP PAS Kawasan Klang merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia Klang, Tuan Haji Razif Maslan Pengerusi Khidmat Malaysia Kota Raja. Turut hadir Tuan Haji Abdul Rahman Sadikin Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor.

Semoga inisiatif untuk menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk Flat Bukit Tinggi terkesan dengan PKPD ini dapat meringankan kesukaran dan kesulitan yang dihadapi hampir 3,000 penduduk di sini.

Menurut Ust Mohd Yusof Abdullah selaku penyelaras program, pasukannya hanya dibenarkan menyerahkan bantuan tersebut di pintu masuk kawat berduri yang dikawal ketat oleh pihak PDRM dan penguatkuasa Majlis Pembandaran Klang.

Semoga dipermudahkan segala urusan penduduk di Flat Bukit Tinggi dan berharap mereka patuh pada SOP serta bersabar dengan ujian ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor