Home Berita PAS Sabah

Futsal tonjol semangat kesukanan dalam kalangan wanita muda

77
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad
8 November 2022

KALABAKAN: Perlawanan futsal dapat menonjol semangat kesukanan dalam kalangan wanita muda.

Menurut Ketua Ameerah Kalabakan Norsafina Md Yasin, program ‘Futsal, Jom Sihat Bah!’ dengan kerjasama Ameerah Tawau itu bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Ameerah kepada masyarakat sebagai platform anak muda,” ujarnya selepas perlawanan, di sini, pada Ahad.

Perlawanan itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandi yang juga calon GRS-BN Parlimen Kalabakan.

Dalam perlawanan tersebut, sebanyak 10 kumpulan dalam kalangan anak muda wanita telah berentap bagi mencapai kemenangan.

Kumpulan Hazardous telah dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM300.00 beserta sijil penyertaan.

Pada program tersebut, Ameerah turut menggerakkan kempen ‘Jom Turun Mengundi’ dengan mengajak para peserta yang layak mengundi untuk sama-sama turun mengundi pada 19 November nanti.

Norsafina menegaskan, inilah masanya untuk mereka menyatakan suara sebagai rakyat khususnya anak muda sebagai tonggak sesebuah negara.

“Ameerah menyahut seruan PAS Sabah dan arahan pimpinan untuk menyokong penuh calon GRS-BN P.191 Kalabakan, daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” ujarnya lagi.