Home Berita PAS Selangor

Frontliners PAS sudah ambil vaksin – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

10
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Dalam usaha membantu dan meringankan tugas barisan hadapan negara yang terdiri dari kakitangan hospital, pihak keselamatan, lokasi-lokasi yang terlibat secara langsung dengan pemulihan Covid-19 seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pastinya banyak perkara dan tugas terpikul yang perlu dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin bersama sebahagian anggota Jabatan Amal Malaysia dan jemaah Pemuda PAS yang juga merupakan frontliner negara dibawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menerima vaksin dos pertama.

Menurut beliau mereka menyokong pengambilan vaksin dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar turut serta mengambil vaksin bagi bersama kita membina ‘Herd Imunity’ atau ‘imuniti kelompok’ yang mensasarkan 80% rakyat Malaysia mengambil vaksin mencegah jangkitan Covid-19 ini.

InshaAllah mereka akan bertugas di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor bagi membantu menyampaikan bantuan kepada masyarakat dan agensi kerajaan serta menjayakan gerak kerja pemberian vaksinasi seluruh negeri Selangor dalam tempoh PKP 3.0 Lockdown kali ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor