KUALA TERENGGANU – 2 Kawasan dalam Dun Batu Buruk telah dibuat ujian saringan COVID-19 melibatkan penduduk sekitar Kg. Nibong dan penduduk sekitar Kg. Gong Tok Nasek, Kg. Gong Baru dan Kg. Gong Parit.
Saringan ini dibuat atas faktor kepadatan penduduk di sini dan rekod-rekod kes COVID-19 yang lalu. Kedua-dua kawasan ini terletak di Mukim Bukit Besar yang termasuk di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Hadir meraikan Frontliner hari ini, YB Ust Muhammad Khalil Abdul Hadi (ADUN Batu Buruk) bagi memantau perjalanan program dan turut menaja makan pagi dan tengahari kepada semua petugas.
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata “InsyaAllah sama-sama kita doakan semoga semuanya selamat. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga penduduk yang telah memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Terima kasih juga buat para frontliners, semoga terus diberi kekuatan dalam menjaga keselamatan masyarakat di sini”.