Home Artikel PAS Perlis

Forum Wanita Catat Sambutan Hangat, Capai Matlamat Penganjuran

241
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Penganjuran program Minum Pagi dan Forum Wanita yang berlangsung semalam mendapat sambutan hangat apabila Dewan Haramain Kompleks Pendidikan MATIN dekat sini dipenuhi oleh seramai 600 orang yang hadir.

Program anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis itu membariskan tiga orang panelis terkenal iaitu Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa, Dr. Nabilah Hashim dan Ustazah Nadiyah Hashim.

Isu-isu berkaitan wanita dan kekeluargaan antara yang menjadi topik utama perbincangan yang menghiasi sesi forum tersebut.

Menurut pengarah program, Husna Hashim, kejayaan para panelis dalam mengupas setiap isu yang diberi dengan baik telah membantu mencapai matlamat penganjuran program berkenaan.

 

Beliau yang merupakan Ketua Lajnah Ekonomi DMPNPs berkata, rata-rata peserta yang ditemui mengakui amat berpuas hati dengan penyampaian setiap ahli panel malah sebahagian daripada mereka berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi penganjurannya pada masa yang akan datang.

“Ada rombongan peserta yang sanggup datang daripada Kulim, Kedah, semata-mata untuk mendengar mutiara ilmu yang disampaikan oleh para ahli panel, membuktikan penganjuran program khusus untuk golongan wanita seperti ini amat dinanti-nantikan oleh golongan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.