“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin
PELABUHAN KLANG, 24 Oktober – Ketika mana sekolah-sekolah di Selangor akan memulakan semula sesi persekolahan tidak lama lagi, Jabatan AMAL Klang dengan usahasama PAS Cawangan Pulau Indah mengambil inisiatif pada hari ini untuk melakukan ‘fog sanitisation’ di Sekolah Rendah Agama Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Seramai 10 orang anggota Jabatan AMAL Klang telah hadir melakukan kerja amal pada hari ini. Kerja-kerja ‘fog sanitisation’ ini melibatkan kawasan surau, dewan, bilik guru dan setiap kelas di sekolah ini.
Encik Ahmad Nizam Chek selaku Ketua PAS Cawangan Pulau Indah yang mengetuai program pada pagi ni meluahkan rasa syukur kerana kerja-kerja yang dilakukan telah berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anggota Jabatan AMAL Klang”, tambah Encik Ahmad Nizam.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor