Home Berita PAS Pahang

Fenomena Air Temenung perlu tindakan segera

76
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 14 Dis – Fenomena air temenung akibat daripada sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik, jalan raya di Kampung Alor Ladang Beserah, ditenggelami air apabila hujan turun dengan lebatnya di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah YB Dato’ Andansura Rabu menyatakan komitmen beliau untuk mencari penyelesaian jangka panjang untuk memastikan sistem saliran di kawasan tersebut diberi perhatian oleh pihak yang berwajib.

.“Kami akan berusaha bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pemaju projek untuk memastikan sistem saliran di kawasan ini ditambah baik dan pembangunan tidak seharusnya mengabaikan keperluan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” ujar beliau ketika turun ke lokasi berkenaan, setelah  mendapat aduan dari penduduk tersebut.

Tambah beliau, hasil dari tinjauannya, punca utama masalah ini adalah projek perumahan baharu yang dibina tanpa mengambil kira konteks saliran kawasan sekitar menyebabkan air hujan bertakung dan menyukarkan pergerakan penduduk dan pengguna jalan raya.

Di samping itu, beliau memuji tindakan seorang penduduk yang dikenali sebagai Pokme atau Zulaimi Ahmad yang telah mengambil langkah segera mengepam keluar air bertakung di atas jalan dengan menggunakan enjin penyedut air.