Shah Alam : Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor berjaya mengadakan Fastaqim 2.4 Peringkatan Negeri Selangor semalam di Stadium JKR, Seksyen 17, Shah Alam. Program ini bertujuan untuk menghimpunkan kekuatan jentera pilihan raya PAS Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Kali Ke 14 nanti. Selangor mempunyai 22 PAS Kawasan dan setiap Kawasan telah menghantar petugasnya dalam Program Fastaqim 2.4 ini.
Kehadiran petugas atau peserta terdiri daripada Jabatan Amal PAS Kawasan, Briged Muslimat PAS Kawasan, Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan, ahli PAS Selangor, dan orang awam dianggarkan melebihi 10 ribu orang. Kelihatan petugas dan peserta begitu bersemangat untuk berjuang mempertahankan kemenangan PAS Negeri Selangor pada PRU 14 nanti.
Kehadiran pimpinan PAS Negeri dan PAS Pusat telah menceriakan lagi majlis Fastaqim 2.4 di Shah Alam semalam. Saudara Roslan Shahir selaku Pengarah Program telah melafazkan kesyukuran kerana berjaya mengadakan himpunan ini walaupun ada berbagai halangan dan rintangan. Turut hadir Pak Subki Latif, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato’ Seri Badri.
Ucapan pembukaan dimulakan oleh YB Ustaz Sallehen Mukhyi selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. Program ini dirasmikan oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS Pusat. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan Amanat dan melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Selangor.
#MenerajuiKesejahteraanSelangor
#SejahteraBersamaIslam