BESUT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasarkan RM250,000 hasil jualan produk sempena Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Negeri Terengganu dan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur Tahun 2024 di Dataran Jabi pada 25 Julai hingga 28 Julai ini.
Pengarah FAMA Negeri, Muhamad Fadlee Hassan
berkata sasaran itu berdasarkan jangkaan kehadiran lebih 1,000 pengunjung sepanjang karnival jualan dan pameran bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Katanya, produk yang dibawa meliputi buah-buahan, produk proses dan industri asas tani, beras dan telur.
“Untuk jualan segar, kita kita ada buah-buahan terpilih seperti manggis, jambu batu, nangka dan buah naga.
“Manakala jualan proses kita ada produk-produk iks yang telah dijenamakan termasuk beras dan telur yang menjadi tumpuan kepada rakyat di pekan jabi,” katanya kepada pemberita.
Tambahnya, sebanyak 60 matrik tan iaitu 6,000 kapit beras disediakan di tapak jualan termasuk 6,000 papan telur dalam tempoh pameran berlangsung.
“Manakala jualan produk agromas dalam tempoh empat hari kita jangka dalam 10 ribu dan buah segar dalam 10 ribu selam empat hari,” ujar beliau.