(Dimainkan Umno dengan menyorok fakta sebenar)
Latar Belakang Kes
1. Seorang wanita kini menetap bersama suaminya di atas tanah rizab kerajaan di kawasan terpencil di Kampung Paya Besar.
2. Mereka berpindah ke situ pada Mac 2025, setelah wanita tersebut memilih untuk tidak terus menyusahkan keluarga anaknya di Kampung Buluh.
3. Suami wanita itu mempunyai kecenderungan hidup bersendirian dan tidak selesa tinggal dalam komuniti ramai.
4. Isteri pernah mencadangkan untuk menyewa rumah lain, tetapi suaminya bertegas untuk terus menetap di kawasan tersebut.
5. Suami tersebut didapati telah meneroka dan membina rumah di atas tanah berkenaan lebih 20 tahun lalu.
6. Bagaimanapun, rumah tersebut terbengkalai apabila beliau merantau dan bekerja di Johor.
7. Pada Mac 2025, lelaki itu pulang semula ke Terengganu dan kembali menetap di rumah berkenaan.
Bantuan Yang Diterima
RM700 sebulan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)
RM300 sebulan untuk anak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tinggal Bersama.
Kronologi Tindakan Kerajaan & Jpkk
April 2025
1. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turun ke lokasi untuk meninjau keadaan rumah.
2. Setelah dikenalpasti sebagai tanah rizab kerajaan, si suami telah membuat permohonan rasmi untuk menukar milikan tanah kepada nama keluarga demi menjamin hak pemilikan sah dan keselamatan tempat tinggal.
3. JPKK juga menasihatkan agar keluarga dipindahkan ke penempatan yang lebih selamat memandangkan kawasan tersebut berisiko banjir semasa musim tengkujuh.
4. Namun, si suami enggan berpindah dan tetap ingin terus menetap di situ.
30 Mei 2025 (Khamis)
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Berang telah membuat ziarah ke rumah keluarga berkenaan.
* Tujuan: Menilai keadaan semasa dan menyemak keperluan mendesak keluarga itu.
* Penilaian awal dibuat berkaitan kebajikan dan keselesaan hidup mereka