Home Berita PAS Terengganu

Fahami Maksud Agama Dengan Tepat

1198
SHARE

Pengajian agama di sekolah bukan hanya melibatkan doa tetapi keperluan fardhu ain melibatkan pertamanya aqidah keyakinan terhadap alam dunia dan akhirat, dosa dan pahala, keduanya akhlak peribadi serta tingkah laku dan ketiganya peraturan kehidupan melibatkan ibadah diri terhadap Tuhan, peraturan berkeluarga, bermuamalah ekonomi dan urusan bernegara.

Itu semua adalah dalam kerangka pendidikan melahirkan individu yang baik pada tingkah laku dan keperibadiannya agar menjadi warganegara yang baik meski apapun profesion kerjayanya akan datang selepas alam persekolahan.

Salah faham terhadap maksud pengajaran agama yang disempitkan pada doa dan upacara sahaja adalah penyebab kepada masyarakat tidak melihat Islam sebagai cara hidup dan penyelesaian masalah manusia.

Saya menunggu penjelasan lengkap maksud Tun Mahathir untuk merombak kurikulum pendidikan kebangsaan termasuk melibatkan agama.

Apa yang kita harapkan ialah maju selangkah kehadapan memperkasakan pengajaran agama bagi membina jati diri di saat berleluasanya salah laku termasuk oleh golongan teknokrat dan profesional bukannya undur ke belakang.

Dr Khairuddin Takiri