Home Berita PAS Terengganu

EXCO wanita jika PAS menang PRU di Terengganu

3716
SHARE

Kuala Terengganu- Wanita akan turut dilantik sebagai exco kerajaan Negeri Terengganu jika PAS berjaya menawan negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14  nanti.

Menurut Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Zarani Othman, semasa PAS memerintah pada tahun 1999 sehingga 2004, telah dimasukkan dalam enakmen kerajaan Negeri Terengganu, sekiranya tiada calon wanita atau bukan Islam maka akan dilantik seorang exco daripada kalangan wanita dan bukan Islam.

“Dan ini masih ada (kekal), tidak dibubarkan oleh Umno Barisan Nasional walaupun dia memerintahkan lepas daripada 2004,” jelas beliau ketka menyampaikan ucapan aluan di Majlis Kempen Berkesan yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini pada Sabtu, 28 Oktober yang lalu.

Zarani turut menyebut, muslimat PAS Terengganu turut menghantar nama daripada kalangan muslimat untuk dicalonkan di dalam PRU ke 14 nanti.

“Tetapi soal yang meletakkan calon bukan kita, yang buat pilihan adalah pucuk pimpinan PAS Pusat dengan dikemukakan oleh  Negeri,” ujarnya lagi.

Dalam majlis yang sama, beliau yang  merupakan Ketua Muslimat PAS Marang menyifatkan Belanjawan 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lepas sebagai umpan untuk menghadapi PRU ke 14.

“Inilah umpan-umpan, gula-gula ,macam dia bayangkan  kita ni budak kecil, BRIM dipertingkatkan,,”

“Cuma rakyat kena sedar, BRIM RM1000 tu, kalau kira, congak-congak balik  sehari itu RM3 lebih sahaja,” Kata beliau.

Sedangkan tambah beliau, kutipan gst pada 2015 RM27 billion, 2016 RM 41.2 billion dan 2017, anggaran akan dikutip sebanyak RM47 billion tetapi belanja untuk BRIM keseluruhannya RM 8.4 billion kepada penerima seramai 7 juta orang.

Beliau juga menyeru petugas-petugas kempen daripada seluruh Terengganu yang hadir membanjiri dewan   supaya tidak berasa lemah dengan janji-janji bajet ini, kerana hanya Allah yang mampu melembutkan hati-hati manusia, yang penting bekerja dan sentiasa mengharapkan pertolonganNya.