Home Berita PAS Kelantan

Exco Belia, Sukan Dan NGO lawat Pusat Pemberian Vaksin di Bachok

16
SHARE
BACHOK, 12 Jul: Exco Belia, Sukan Dan NGO YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, petang tadi telah hadir ke Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Majlis Daerah Bachok bagi meninjau perjalanan proses pemberian vaksin di sana. Beliau diringi oleh YB Adun Pantai Irama, Hj Mohd Huzaimy Che Husin.
Turut bersama ialah YBrs Tuan Jajahan Bachok Mohd Farid Datuk Abdul Razak. YB Ustaz Wan Roslan turut menyempurnakan sumbangan kepada Frontliner yang bertugas. Beliau dan rombongan kemudian ke sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin di Bachok iaitu di UMK Tangok. YBrs Tuan Jajahan Bachok, Mohd Farid Datuk Abdul Razak dan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan, Puan Laila Nazura Bt Nawi turut hadir bersama dalam lawatan tersebut. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada para petugas di PPV tersebut.