Home Berita PAS Terengganu

Eratkan hubungan di Aidilfitri

308
SHARE

KUALA TERENGGANU – Rakyat negeri ini digesa mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengerakkan hubungan persaudaraan di bulan Syawal.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan menyuburkan amalan tradisi dalam masyarakat tersebut akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan.

“Tahun ini kita dapat merainkan lebaran dalam suasana yang lebih meriah memandangkan tiada lagi sekatan atau peraturan yang perlu kita patuhi sepertimana tiga tahun kebelakangan ini.

“Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek keselamatan memandangkan wabak penyakit Masih ada di sekeliling kita.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simpton-simpton seperti demam, batik Dan selsema,” ujarnya menerusi Perutusan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan buat anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini semoga dilancarkan segala urusan dan perjalanan pulang semula nanti.

“Patuhilah Undang-Undang lalu lintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengerakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali ke tempat bertugas.

“Akhir kata mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama rakyat Terengganu yang dikasihi. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, segala silap dan salah mohon diampuni, semoga Syawal ini lebih beerti,” ujarnya lagi.