Home Artikel PAS Selangor

ENEMY OF MY ENEMY IS MY FRIEND BAKAL MENGHANCURKAN PH MEMANGSAKAN NEGARA 

519
SHARE


Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim 

1. Enemy of my enemy is my friend adalah satu ungkapan dan konsep lama berasal daripada tulisan sanskrit Arthashastra muncul kurun ke 4 SM dan kemudiannya dipopularkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1884.

2. Ungkapan ini membawa erti tentang bagaimana dua pihak yang saling bermusuhan berpakat untuk melawan musuh yang sama. Ungkapan ini pernah diaplikasikan ketika Perang Dunia Kedua apabila Pihak Berikat, Amerika dan Britain terpaksa menerima Kesatuan Soviet sebagai rakan untuk berhadapan dengan Jerman. Amerika dan Britain yang memiliki isunya tersendiri dan selama ini menganggap bahawa Kesatuan Soviet sebagai Komunis yang zalim dan jahat, diterima sebagai rakan. 

3. Ringkasnya bahawa konsep Enemy of My Enemy is My Friend sntara Amerika, Britain dan Soviet ini sekalipun berjaya mengalahkan Jerman, namun kejayaan itu sebenarnya membawa kebinasaan yang lebih besar. Walaupun perang tamat dengan kejayaan pihak Berikat dan Kesatuan Soviet, namun kesan selepas perang tidak jauh berbeza dengan sebelumnya dari sudut pencapaian matlamat kejayaan yang diimpikan. Ia telah mewujudkan 2 blok kuasa besar yang sombong dan angkuh sekaligus membentuk 2 bahagian dunia yang sering bersaing antara satu dengan yang lain yang memangsakan manusia sejagat. 

4. Sinonim dengan apa yang sedang rancak diperkatakan dengan blok Pakatan Harapan yang sanggup menerima musuh mereka sebelum ini iaitu Tun Mahathir. Tun Mahathir adalah penyebab utama wujudnya Parti Keadilan. Pada zaman dialah juga tersingkirnya Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dengan cara yang paling jijik dan memalukan dan kemudiannya dipenjarakan sehingga kini. Pada zaman Tun Mahathir jugalah negara mengalami krisis keyakinan rakyat terhadap pemerintahan UMNO BN yang dicanang oleh mereka sebagai zalim, mengamalkan kronisme dan nepotisme yang memerintah Malaysia sejak merdeka. Tun Mahathir juga punca tercetusnya kebangkitan reformasi yang memaksanya turun daripada kuasanya yang juga membawa kepada beberapa kejayaan di pihak pembangkang seperti PAS, Keadilan (sekarang PKR) dan DAP.  Pada zaman Tun Mahathir jugalah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA digunakan semahunya bagi menangkap dan menahan seteru politik UMNO BN dari kalangan pimpinan parti politik pembangkang seperti PAS, DAP dan Keadilan. Begitulah juga pada zaman Tun Mahathir jugalah sebagai Perdana Menteri, memangsakan Islam dan membuat tohmahan buruk terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan Kerajaan Kelantan. 

5. Tiba-tiba tidak semena-mena Tun Mahathir yang menjadi punca segala-galanya itu dan juga merupakan musuh ketat, akhirnya diterima sebagai kawan untuk berdepan dengan NAJIB Perdana Menteri dan Presiden UMNO BN. Ia memang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah ia sudah dijangka. Ini kerana perjuangan mereka tidak berpaksi kepada tujuan yang jelas dan matlamat yang suci. Apa yang mereka impikan adalah kuasa sahaja. Yang pentingnya iaitu untuk mengambil (pro-claim) kuasa yang sedang dipegang oleh musuh yang sama. 

6. Sekalipun PH mampu menerima Tun Mahathir, tetapi mereka masih menyimpan agenda masing-masing yang saling tidak sekata. Tun Mahathir masih menjiwai UMNO walaupun bersama PH. Idea dan pegangan Tun masih berkonsepkan UMNO BN. Sekularisme Nasionalis dan menolak Islam masih agenda Tun Mahathir. PH menolak UMNO BN dan mengekalkan idea liberalisme, sosiolisme dan pragmatisme. 

7. Sepertimana Soviet yang bersama Berikat tetapi idea Soviet tidak jauh berbeza dengan Jerman. Amerika dan Britain mempunyai pegangan dan prinsip berlawanan dengan Soviet dan Jerman. Mereka menolak kejahatan Jerman tetapi pada masa yang juga tidak sama prinsip pegangan mereka, pihak Berikat iaitu Kapitalisme dan Soviet pula Sosiolisme Komunis. 

8. Ini menandakan kesatuan pakatan mereka amat rapuh kendatipun zahirnya seperti tubuh yang gagah akan tetapi dalam badan terdapat berbagai penyakit yang membinasakan. 

9. Lihatlah firman Allah swt,  Surah al Hasry ayat 14, 

??? ???????????????? ???????? ?????? ??? ????? ??????????? ???? ???? ??????? ?????? ? ?????????? ?????????? ??????? ? ???????????? ???????? ????????????? ??????? ? ??????? ??????????? ?????? ??? ???????????

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

10. PAS bersama Gagasan Sejahtera tampil dengan tujuan jelas dan matlamat yang suci. PAS berjuang untuk berkuasa bagi menyelamatkan manusia termasuk musuh politiknya. Kini PH dan UMNO BN adalah musuh politik PAS. PAS menawarkan penyelesaian tuntas menerusi Islam yang syumul dan lengkap bersifat rahmat untuk semua. Hanya Islam mampu menyelesaikan kekusutan dan permasalahan. Bersama Islam semua akan beroleh sejahtera. Melayu,  Cina dan India serta kaum lain samada beragama Islam atau bukan Islam.

11. Sekalipun PAS pernah bersahabat dengan musuh politiknya dalam tahaluf, ia bukan bertujuan semata-mata sahaja untuk menumbangkan musuh yang “common”. Akan tetapi, pada masa yang sama rakan tahalufnya turut diajak bersama Islam kerana tahaluf adalah untuk membuka pintu dakwah ke dalam rakan tahaluf. Selama tahaluf itu dapat meratakan dakwah kepada semua, selama itu PAS berkawan dengan musuh politiknya. Oleh sebab itu mereka yang tidak memahami konsep ini pasti tidak mampu melihat dengan cara PAS lihat. Perlu juga ditegaskan bahawa dengan siapa yang bersahabat dan bermusuh dalam politik dengan PAS, adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk menyelamatkan mereka dengan Islam. PAS diwujudkan untuk semua dan menyelamatkan semua. Setiap peluang yang ada disekeliling PAS mampu dimanfaatkan untuk Islam, adalah kemestian dan tanggungjawab PAS untuk diselamatkan seramai dan semampu mungkin. 

12. PAS ingin menyelamatkan semua pihak melalui peluang yang diberikan kepada PAS berkuasa dan PAS mampu buktikan bahawa kita dan negara ini akan sejahtera melalui Islam yang diperjuangkan. 

Sejahtera Bersama Islam

Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor 
28 Julai 2017 / 5 Z.Kaedah 1438H