ALOR SETAR – Empat wakil rakyat dari Terengganu berjaya menempatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat setelah mendapat mandat perwakilan dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 yang berlangsung di sini hari ini.
Mendahului senarai, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi meraih sokongan tertinggi mewakili Terengganu dengan 1,018 undi.
Diikuti rapat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim meraih 868 undi, manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim memperoleh 802 undi.
Seorang lagi wakil Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohd Nor turut dipilih dengan 721 undi.
Kejayaan ini membuktikan kepercayaan tinggi perwakilan terhadap barisan pimpinan dari Terengganu untuk terus memainkan peranan penting dalam hala tuju perjuangan PAS di peringkat pusat.