Home Berita PAS Terengganu

Empat Individu Terima Anugerah Peserta Terbaik Program YDSM

14
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli mengurniakan anugerah kepada lima individu di Majlis Santapan Malam sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu ke-63.

Baginda berkenan berangkat mengurniakan anugerah tersebut pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan Zainal Abidin (YDSM) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda, Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Sebanyak empat kategori penganugerahan, iaitu Peserta Program Usahatani Terbaik, Peserta Program Seni Kraf Warisan Terbaik, Perserta Usahaniaga Terbaik dan Anugerah Khas Penyumbang, telah dikurniakan oleh Sultan Mizan, di sini, semalam.

Peserta-peserta yang telah menerima penganugerahan tersebut adalah merupakan Pengerusi Fastpora, Wan Naimah Wan Mat Ali (Peserta Program Usahatani Terbaik); Pemilik Restoran R&R Gawi, Siti Zubaidah Ismail (Peserta Usahaniaga Terbaik); Pemilik Qieyza Collection, Ahmad Taqiuddin Mohammad (Peserta Program Seni Kraf Warisan Terbaik) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kategori Anugerah Khas Penyumbang.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Dato’ Mohd Fadzli Yusof dalam melengkapkan majlis yang telah berlangsung di taman kegiatan luar didik hibur tempatan itu.