Home Berita PAS Terengganu

Empat daerah kembali dilanda banjir, Besut catat mangsa tertinggi

96
SHARE

TERENGGANU – Empat daerah di Terengganu kembali dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 795 mangsa banjir dipindahkan setakat jam 12.00 tengah hari tadi.

Ia membabitkan 207 keluarga dengan 21 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Daerah Besut paling ramai dipindahkan iaitu 504 mangsa yang membabitkan 129 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Diikuti Daerah Hulu Terengganu 135 mangsa, membabitkan 40 keluarga yang kini berada di lapan PPS, daerah Setiu membabitkan 113 mangsa dengan lima PPS dibuka.

Manakala daerah Marang pula menjejaskan 43 mangsa dengan satu PPS dibuka.