Home Berita PAS Pulau Pinang

Edaran Sisipan Harakah di Pasar Malam Sungai Acheh

1378
SHARE

Oleh Nurah Maisarah

Nibong Tebal, 2 April : 500 naskah sisipan Harakah telah diedarkan oleh petugas JPrD Sungai Acheh yang diketuai oleh Nor Zamri Latiff selaku Pengarah JPrD Sungai Acheh kepada peniaga dan orang ramai di Pasar Malam Sungai Acheh pada ahad semalam.

Nor Zamri Latiff berkata sambutan yang diterima oleh masyarakat Sungai Acheh cukup baik dan positif sekali apabila tawaran Pas yang terkandung didalam sisipan Harakah diperjelaskan.

Turut serta Yang DiPertua Pas Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad yang merupakan warga asal Sungai Acheh cukup mesra menyantuni masyarakat di pasar malam menyebabkan beliau mudah dikenali ramai.

‘Berilah undi dan sokongan pada Pas, lihatlah tawaran dan manifesto yang dikemukakan oleh Pas untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara kita’ rayuan Mohamad Ahmad pada orang ramai.

Seusai edaran semua petugas dijamu dengan Roti Arab,kuih muih dan Kopi Unta di Kedai Roti Arab milik Pengarah JPrD Sungai Acheh di Pekan Sungai Acheh.

Program edaran ini akan diteruskan lagi di Pasar Malam Taman Pekaka Nibong Tebal ahad depan.