Home Artikel PAS Sabah

Edaran Pek Sungkai PAS Sandakan ceriakan ‘frontliners’ dan waris pesakit

709
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
4 Mei 2020

SANDAKAN : PAS Sandakan telah mengedarkan Pek Sungkai kepada ‘frontliners’ di beberapa buah sekatan jalan raya sekitar Sandakan serta staf dan waris pesakit Hospital Duchess of Kent dekat sini pada sabtu.

Menurut Yang DiPertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, edaran Pek Sungkai yang merupakan makanan berbuka itu diadakan bagi menghargai pasukan barisan hadapan dan membantu waris pesakit.

“Sumbangan berbuka ini walaupun kecil, ia telah menceriakan anggota PDRM, ATM, RELA, JPAM, doktor, jururawat dan waris pesakit yang kami temui,” katanya yang juga merupakan Timbalan Pesruhjaya PAS Sabah.

Setiap petugas keselamatan dan hospital yang ditemui ketika penyerahan sumbangan tersebut turut melahirkan perasaan gembira dan merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Sandakan.

Tambah Sahar, selain edaran berbuka pihaknya juga dalam bulan Ramadan ini menyampaikan sumbangan Pek Barang Dapur kepada fakir miskin yang terputus bekalan makanan serta pihak yang memerlukan.

Beliau turut mengajak orang ramai menyumbang dalam misi ini dengan menyalurkannya ke akaun Bank Islam bernombor 10043010001846 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan.

“Kami akan sentiasa mendoakan para dermawan yang menghulurkan sebahagian harta mereka demi menjayakan misi kebajikan ini,” ujar Sahar lagi.

Aktiviti yang berakhir kira-kira jam 6 petang itu turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Bendahari Dewan Muslimat PAS Sandakan, Rosmah Rahman.