Home Berita PAS Wilayah

Edaran kurma | PAS jalin silaturrahim bersama masyarakat

82
SHARE

Muhamad Abdul Fateh
Foto: Aizat Amni

WANGSA MAJU,03 Apr: Sebanyak 300 pek kurma semperna Ramadhan sumbangan PAS Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Melewar telah berjaya diedarkan kepada penduduk di Taman Koperasi Polis 1 bersempena dengan program ‘Sebiji Kurma,Sejuta Harapan’ menjelang ramadhan.

Program tersebut disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan para penggerak dan aktivis PAS Cawangan Taman Melewar, diketuai oleh Mohd Hilmin selaku Setiausaha PAS Taman Melewar, dengan dibantu jentera pemuda dan muslimat PAS kawasan Wangsa Maju.

Para petugas berkumpul seawal jam 5.00 petang di lokasi berkenaan, sebelum bergerak bertemu masyarakat setempat. Selain melakukan agihan sumbangan, mereka turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Rata-rata penduduk yang ditemui menyambut baik program yang dilaksanakan kerana program tersebut dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturrahim antara para petugas PAS dengan masyarakat.

Turut hadir sama Pegawai Pusat Khidmat Komuniti PAS Kawasan Wangsa Maju, Muhammad Hakim Al-Hashimi, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Siti Aminah Redzuan dan petugas PAS Kawasan Bukit Bintang.