KANGAR – Sebanyak 50 kotak kurma dan takwim berbuka puasa Ramadhan sumbangan PAS Kawasan kangar telah berjaya diedarkan kepada penduduk di UPU Kechor bersempena dengan Program Edaran Kurma Menjelang Ramadhan 1438H.
Agihan tersebut dijayakan oleh para penggerak dan aktivis PAS UPU Kechor, diketuai oleh Burhanudin bin Lebai Abdullah selaku Ketua UPU Kechor, dengan dibantu jentera pemuda dan muslimat PAS kawasan.
Para petugas berkumpul seawal jam 5.00 petang di Markas PAS Behor Inai, sebelum bergerak bertemu masyarakat setempat. Selain melakukan agihan sumbangan, mereka turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Rata-rata penduduk yang ditemui menyambut baik program yang dilaksanakan kerana program tersebut dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturrahim antara para petugas PAS dengan masyarakat.
Selain daripada UPU Kechor, program seliaan PAS Kawasan Kangar ini juga turut dilaksanakan serentak di beberapa UPU dalam Kawasan Kangar.
{jathumbnail off}