Home Berita PAS Pulau Pinang

Edaran Jalur Gemilang semarak semangat kemerdekaan

30
SHARE

TASEK GELUGOR, 31 OGOS – PAS Kawasan Tasek Gelugor turun menyantuni masyarakat setempat di tiga (3) kawasan terpilih dengan mengedarkan Jalur Gemilang pada 28 Ogos yang lalu.

Sebanyak 200 bendera tangan dan 400 bendera kenderaan diedarkan sekitar Pantai Robina Teluk Air Tawar, Simpang Empat Permatang Buloh dan Simpang Tiga Keling Pokok Sena.

Turut serta mengedarkan bendera ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tasek Gelugor, Tuan Sobri bin Salleh, Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Asril Hafiz bin Che Hashim dan Ketua Muslimat PAS Tasek Gelugor, Ustazah Farhiyah binti Shafie.

Edaran bendera tersebut mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja dari orang Melayu bahkan juga orang Cina dan India.

Masyarakat yang disantuni juga menunjukkan sokongan kepada tema kemerdekaan kali ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

“Dalam kita mensyukuri nikmat kemerdekaan negara ini, haruslah kita memahami erti kemerdekaan yang sebenar iaitu bebas dari segala bentuk penghambaan terhadap makhluk”, berikut adalah ucapan kemerdekaan daripada YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor, Tuan Sobri.

Tambah beliau lagi,” kita perlulah cintakan tanah air dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam menentang kezaliman, kemaksiatan dan segala bentuk penyalahgunaan kuasa, dan semoga Malaysia menjadi sebuah negara ‘Baldatun toyyibun wa rabbun ghafur'”.