Home Berita PAS Selangor

Edaran jalur gemilang buat penduduk tempatan – PAS Kawasan Kuala Selangor

139
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA SELANGOR, 14 Ogos – PAS Cawangan Fasa 2 telah turun mengedarkan kira-kira 100 helai Jalur Gemilang bersaiz (3×6 kaki) kepada penduduk di sekitar Fasa 2, Bandar Puncak Alam.

Ketua PAS Cawangan Fasa 2, Hj Isa Lihar bersama beberapa AJK dan ahli PAS Cawangan Fasa 2 telah membuat edaran Jalur Gemilang disekitar kawasan di Fasa 2 ini agar meraka sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Menurut PAS Cawangan Fasa 2, inisiatif ini dibuat bagi menyemarakkan lagi kempen kibaran ‘Jalur Gemilang’ di setiap rumah bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos nanti.

Semoga semangat patriotisme dan semangat cinta akan tanah air, dipupuk dan diterapkan dalam diri setiap insan yang bergelar warganegara Malaysia, walaupun hari kemerdekaan tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Mari sama-sama buktikan erti semangat kemerdekaan bukan hanya pada perarakan dan sambutan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor