Home Berita PAS Wilayah

Edaran Harakah kepada Pengunjung UTC Sentul

1526
SHARE

UTC Sentul, 1 April – Jentera Pilihanraya Pas Bandar Baru Sentul hari ini sekali lagi turun untuk mengedarkan sisipan Harakah kepada pengunjung sekitar UTC Sentul.

Edaran ini bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.00 pagi. Menurut penyelaras program, Saudara Misuari ketika diminta mengulas berkata edaran ini mendapat respon hebat dan menggalakkan dari orang ramai.”Pengunjung UTC berebut untuk mendapatkan sisipan Harakah untuk mendapatkan maklumat ‘first hand’ dari saluran rasmi parti dan mereka juga teruja apabila mengetahui Pas akan meletakkan calon di Parlimen Batu ini. Kita yakin pengundi di UPU Bandar Baru Sentul khususnya dan Parlimen Batu amnya akan memberikan sokongan kepada Pas untuk PRU 14 kali ini,” katanya sambil menghirup teh ais setelah penat mengedar sisipan.

Pandangan ini juga turut disokong Ketua Jentera Pilihanraya Bandar Baru Sentul merangkap TYDP Pas Kawasan Batu, En Shamsudin Yaacob. “Di zaman media sosial ini ramai melihat facebook dan entiti media sosial lain sebagai saluran untuk mereka mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat tersebut banyak yang tidak tepat. Justeru, sisipan Harakah ini sangat penting untuk kita beri kepada pengundi Batu supaya mereka memahami dasar perjuangan yang ingin dibawa oleh Pas.”

Pihak jentera pilihanraya Pas Baru Sentul bercadang untuk meneruskan lagi program sebegini dengan meluaskan lagi edaran ke Pasar Malam dan stesen LRT pula. Mereka juga mengharapkan lebih ramai petugas dapat menyertai program yang dirancang ini.