Home Berita PAS Sabah

Edaran Berobbok Lamag Best buat warga Kinabatangan

13
SHARE

 

Oleh: Nurfatiha Mohamad
17 Mac 2024

KINABATANGAN: PAS Kinabatangan telah bergotong-royong memasak dan mengedar Berobbok Lamag Best buat warga Kinabatangan khususnya yang berada di pekan.

Edaran sempena bulan Ramadan itu melibatkan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya Pintasan Point, Lamag Point, Dataran Kinabatangan serta pemandu yang melalui jalan utama Kinabatangan.

Program semalam telah memberi manfaat kepada 1000 orang penerima untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Program tradisi tahunan itu bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bulan Ramadan dan mengeratkan ukhuwah PAS Kinabatangan bersama masyarakat.

 

Edaran tersebut diketuai oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Tieyya Pudin, Ketua Muslimat PAS Kawasan, Liyana Dahon, Ketua Ameerah Kinabatangan, Aisyah Mohd Syah, Jabatan Amal serta ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.

PAS Kawasan Kinabatangan membuka ruang infak bagi menampung program kebajikan yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan 1213 4290 0006 0996.