Oleh : Laila Ismail
10 Mei 2020
BATU SAPI: PAS kawasan Batu Sapi selesai edar juadah berbuka puasa pada 8 mei lepas di dua buah kampung dalam Parlimen Batu Sapi iaitu kampung Sundang Laut dan Kampung MPS.
Sebanyak 200 set juadah siap diedarkan kepada masyarakat di kampung tersebut yang juga merupakan penduduk yang ramai terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Bantuan juadah berbuka puasa ini adalah edaran kali kedua kepada penduduk sekitar Batu Sapi yang mana edaran pertama telah diedarkan pada minggu lepas sebanyak 400 set juadah, ujar Masru Mustaqeem, Ketua Pemuda PAS kawasan Batu Sapi.
Tambahnya lagi, sebelum ini juga PAS kawasan Batu Sapi telah turun memberi bantuan barang dapur sebelum Ramadan dan bantuan Bakul Ramadan bagi meringankan beban golongan asnaf yang terjejas pendapatan berhubung perlaksanaan PKP.
Turut hadir mengedarkan juadah berbuka kemarin adalah Nur Izzati Yusof, Ketua LKK PKBS, AJK LKK PKBS dan AJK PKBS.