Home Berita PAS Sabah

Edar bubur kacang untuk juadah berbuka

10
SHARE

Oleh: Nur Fatin Zulaikha
25 Mac 2024

KINABATANGAN: PAS Kinabatangan telah mengagihkan bubur kacang sebagai juadah berbuka puasa untuk orang awam, di sini, petang kelmarin.

Bubur kacang percuma itu telah diedar di dua tempat utama yang menjadi tumpuan orang ramai iaitu Dataran Kinabatangan (Bazaar) dan Pasar Awam Kinabatangan.

Menurut Timbalan Pengerusi, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan, Nurmah Lapuddin, program itu berkesinambungan daripada aktiviti minggu lepas dan akan diteruskan pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan.

“Pada minggu lalu, kami telah mengedarkan berobbok lamag best untuk juadah berbuka, manakala pada minggu ini pula, kami edar bubur kacang.

“Program ini juga merupakan hasil sumbangan orang awam yang sentiasa berkongsi dan menyokong apa jua program kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS,” ujarnya.

Tambahnya, juadah berbuka puasa itu telah disediakan oleh PAS Cawangan Jaya Baru yang diketuai oleh Tieyya Puding bersama ahli cawangannya.