Home Berita PAS Terengganu

ECE 2025 : Tiga MoU dimeterai

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) menjalin kerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bagi penyelesaian gudang berpusat.

Memorandum persefahaman (MoU) itu dimeterai sempena Persidangan dan Pameran East Coast Energy (ECE 2025) yang berlangsung di Dewan Konvesyen, Taman Tamandun Islam di sini, hari ini.

Pertukaran MoU tersebut disaksikan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan merasmikan persidangan berkenaan.

Sementara itu, MoU dalam pembangunan keupayaan tenaga boleh diperbaharui pula ditandatangani antara Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala, Eastern Pacific Marine Services Sdn. Bhd. dan Advantage Marine Services Sdn. Bhd. pula memeterai MoU dalam perkongsian strategik bagi perkhidmatan teknikal marin dan luar pesisir.

ECE 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Jun ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Terengganu Petroleum Council (TPC), dengan kerjasama PETRONAS sebagai Rakan Ilmu, manakala Terengganu Inc. sebagai Rakan Strategik dan EPIC Berhad sebagai Rakan Korporat.