Home Berita PAS Selangor

DUPNS turut menzahirkan simpati kepada mangsa kebakaran – Urusan Ulamak Sungai Besar

90
SHARE

May be an image of 3 people and people standing

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Khaulah Azwar

Sungai Besar, 2 Oktober – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai menzahirkan tanda simpati dan prihatin kepada mangsa kebakaran, wakil Dewan Ulama PAS Selangor hadir menziarahi mangsa kebakaran di Pasir Panjang.

Tragedi yang begitu tragis ini sangat memberi kesan kepada mereka sekeluarga. Kehilangan sebuah rumah yang disewa dalam sekelip mata sahaja tanpa dapat menyelamatkan barangan yang penting.

Ustaz Abdul Syukor bin Kaspani dan Ustaz Ahmad Fauzan Naim bin Saibani yang mewakili Urusan Ulama Sungai Besar juga menzahirkan kesedihan dan kedukaan di atas apa yang berlaku serta menyampaikan sedikit sumbangan buat keluarga mangsa.

“Sokongan moral dan motivasi yang berterusan perlu diberikan kepada keluarga mangsa yang masih terkejut dengan kehilangan yang sangat drastik ini khususnya dari keluarga terdekat dan jiran tetangga”, ujar Ustaz Syukor.

Makluman terkini yang diperolehi ialah 3 anak yang mengalami cedera ringan menumpang teduh di rumah neneknya manakala ibunya baru sahaja pulang dari mendapat rawatan di hospital. 2 orang anggota keluarga iaitu ayahnya masih dirawat di HTAR, Klang dan seorang anak perempuan masih mendapat rawatan lanjut di Hospital Selayang.

Turut hadir dalam ziarah pagi tadi ialah Haji Hadis Salim selaku Ketua Lajnah Kebajikan PAS Sungai Besar yang juga mewakili PAS Kawasan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor