Home Artikel PAS Perlis

DUPNPs Adakan Munaqasyah Ucaptama Ketua Ulamak PAS Pusat

89 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis (DUNPs) telah menganjurkan Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung pada hari Sabtu, 26 Januari 2019.

Seramai 80 orang peserta hadir dalam program yang diadakan di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS), Kangar.

Penolong Setiausaha 1 Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik hadir selaku pembentang kertas kerja ucaptama berkenaan.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Tuan Guru Hj. Ahmad Ali serta Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Bertemakan ‘Islam Jalan Penyelesaian’ beberapa perkara penting telah disentuh dalam sesi pembentangan kertas kerja ucaptama, antaranya komitmen PAS terhadap Islam, dasar Islam dalam pentadbiran negara serta model penyelesaian Islam terhadap isu-isu berkaitan pemerintahan dan kenegaraan.

Turut dikupas adalah peranan ulamak dalam memimpin perpaduan ummah ketika negara bergelut dengan kemelut perpecahan dan perkauman dan juga persiapan para ulamak ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.