Home Berita PAS Perlis

DUPK Arau adakan Ziarah Mahabbah santuni bekas aktivis

188
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 12 Feb: Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau (DUPKA) hari ini mengadakan program Ziarah Mahabbah menyantuni mereka yang pernah bergiat sebagai aktivis PAS di kawasan berkenaan.

Sebanyak 10 buah rumah ahli PAS di dua DUN iaitu DUN Pauh dan DUN Guar Sanji telah dikunjungi.

Ketua Ulamak PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohamad Nasir Nyan, Setiausaha DUPKA, Noryusry Mansor dan Ketua Lajnah Alimat DUPKA, Ustazah Noor Seri Osman antara yang turun padang pada program tersebut.

Menurut Mohamad Nasir, selain sesi ramah mesra, para aktivis yang disantuni turut diberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan yang telah mereka curahkan.

“Alhamdulillah, hari ini kami telah menyantuni mereka yang terdiri daripada golongan armalah, al-malak dan as-sabiqun yang pernah bergiat aktif di peringkat cawangan baik sebagai AJK mahupun petugas parti sebagai menghargai jasa yang telah mereka berikan.

“Pada masa yang sama, kami juga ingin mendekatkan para waris aktivis dengan saf kepimpinan DUPKA, agar mereka juga dapat terus istiqamah menyokong perjuangan PAS,” katanya di sini.