Home Berita PAS Terengganu

DUN Terengganu Zahir Solidarit

3
SHARE

Oleh: RR

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 yang bersidang sejak Ahad, menzahirkan solidariti yang mendalam terhadap perjuangan rakyat Gaza dan Palestin.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah berkata, semua ahli dewan tanpa mengira fahaman politik telah menunjukkan kesepakatan dalam menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan kezaliman rejim Zionis.

“Saya merakamkan solidariti penuh bersama rakyat Palestin yang menderita akibat penjajahan yang berterusan dan keganasan yang tidak berkesudahan.

“Kita akan terus menyambut baik inisiatif diplomatik yang diambil oleh beberapa negara, termasuk kenyataan beberapa negara sedang mempertimbangkan pengiktirafan negara Palestin,” jelasnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat Terengganu memakai mafela Palestin sepanjang sidang, sebagai manifestasi solidariti

Beliau yang juga Bendahari PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam Sidang DUN, pada Isnin , 15 April.

Ustaz Mohd Nor menegaskan menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap kezaliman berterusan yang berlaku di Gaza, sebaliknya perlu menjadi suara utama dunia Islam dalam menuntut keadilan dan hak asasi rakyat Palestin dikembalikan.

“Kita menggesa Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk terus memainkan peranan yang lebih aktif di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin dan mendesak agar gencatan senjata dipatuhi dengan sebaiknya,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada semua ADUN agar bersama-sama menzahirkan solidariti bukan hanya dengan doa dan kata-kata, tetapi juga melalui tindakan diplomatik yang berkesan, bantuan kemanusiaan, dan meneruskan penerangan mengenai isu ini agar ia tetap segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kesabaran dan kemenangan kepada saudara-saudara kita di Palestin, dan semoga diberikan keadilan yang sepatutnya,” tambah beliau lagi.