Home Berita PAS Perak

Dua kali bedah dalam masa seminggu;anak aktivis muslimat PAS Luat

231
SHARE

LENGGONG: Seorang remaja, Abdul Hafiz Abdul Rahman, 20, yang mengalami usus tidak berfungsi sejak kecil terpaksa menjalani pembedahan kedua hari ini di Hospital Taiping selepas pembedahan pertama Isnin lalu.

Ibunya, Sharizah Shahruddin, 44, berkata anak keempatnya daripada enam beradik itu telah dimasukkan ke Wad 18, Hospital Taiping sejak 11 hari lalu.

Katanya, Abdul Hafiz yang tidak upaya bekerja berat dan tidak mampu melanjutkan pengajiannya, mengalami sakit itu sejak kecil dan tubuhnya semakin susut akhir-akhir ini.

“Baru Isnin lepas bedah kali pertama, hari ini terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dan masuk hari ini anak saya itu sudah 11 hari berada di Wad 18 hospital berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumah ayahnya di Kampung Sandarhalu, Luat, Lenggong petang semalam.

Ibu tunggal yang juga aktivis muslimat itu berkata demikian, ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan Kampung Luat Tengah, Mustafa Kamal Ibrahim petang semalam.

Sharizah berkata dia tidak tahu berapa jumlah kos kedua-dua pembedahan itu selain bayaran selama berada di wad hospital berkenaan.

Sementara itu, Mustafa Kamal berkata, kunjungannya petang semalam bertujuan menghulurkan sedikit bantuan kewangan ala kadar.

Katanya, hanya bantuan wang berjumlah lebih RM700 yang berjaya dikumpul semasa Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong di Resort TASIK Raban Sabtu lalu selain daripada PAS cawangan sendiri dan derma ahli-ahli.

Sehubungan itu, katanya lagi sekiranya ada mana-mana pihak ingin menderma boleh terus melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik Sharizah Shahruddin bernombor 0821829000065741.