KUALA NERUS – Dua Bekas Menteri Besar Terengganu yang terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan DUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) DUN kali ini.
Calon Parti Islam Se-malaysia (PAS) DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dan DUN Kijal, Datuk Razali Idris mencipta kejutan apabila menamatkan perjalanan kedua-dua tokoh BN itu.
DUN Seberang Takir menyaksikan, Khazan memperoleh undian sebanyak 12,156 manakala Razif pula menerima undian 9359 sekali gus Khazan menang dengan majoriti 2797.
Manakala, DUN Kijal pula menyaksikan Razali berjaya memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad mendapat 9,645 undi.
Razali menang bergaya dengan majoriti 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu.
Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penjumlahan Undi di DUN masing-masing.
Pengumuman Penjumlahan DUN Seberang Takir bertempat di Dewan Sivik Seberang Takir manakala DUN Kijal bertempat Dewan Sivik Kijal.
Pada PRU14, Ahmad Razif menang dengan majoriti 1,884 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Wahab.
Manakala, Ahmad Samsuri yang juga bekas Setiausaha Politik Presiden PAS memenangi kerusi dengan majoriti 6,028 undi.