Home Berita PAS Terengganu

Dr. Sam curi tumpuan bakal sertai perbahasan RMK-13 hari ini

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijadualkan membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) di Dewan Rakyat pada jam 11.45 pagi ini, satu sesi yang dijangka menarik perhatian ramai khususnya rakyat Terengganu.

Menurut beliau, ruang perbahasan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengupas pelbagai isu penting yang menyentuh masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Insya-Allah, saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan RMK-13. Perbahasan ini akan menyentuh isu-isu penting demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat. Mohon doa dan sokongan semua,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Untuk rekod, RMK-13 merupakan pelan pembangunan lima tahun negara yang menjadi panduan dasar serta hala tuju kerajaan bagi tempoh 2026 hingga 2030.