Home Berita PAS Terengganu

Dr Azman Ibrahim kembali mempertahankan Jabi

30
SHARE

Oleh: Mirza Danial

SETIU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kembali menampilkan calon terdahulu, Dr Azman Ibrahim untuk mempertahankan kemenangan beliau di Dewan Undangan Negeri bahagian Jabi.

Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 (PRN-15) bagi Dewan Undangan Negeri Bahagian Jabi kali ini dikejutkan dengan muka baru dari Barisan Nasional, Ustaz Rosdi bin Zakaria.

Pertandingan di antara kedua belah pihak ini disahkan selepas Pegawai Pengurus PRN DUN ke-15 bahagian N.05 Jabi mengumumkan penerimaan kertas penamaan calon bagi kedua – dua calon tersebut pada jam 9.06 pagi (PAS) dan 9.12 pagi (BN).

Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur Besut, Jabi pada jam 10.30 pagi.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU DUN-14) yang lepas menyaksikan kemenangan tipis berpihak kepada Dr Azman Ibrahim selepas menerima sebanyak 8,061 undi seterusnya menewaskan dua orang pencabar iaitu Mohd Iskandar bin Jaafar (BN) undi sebanyak 8,006 dan Ustaz Aziz Abas (PKR) dengan 690 jumlah.