Final Bola Sepak Sukan Sea :
Teruskan Dakwah “Big Screen”
1. Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang berdepan dengan medan dakwah yang terlalu luas. Bijaksana dalam pendekatan dakwah yang bersifat anjal mampu menyentuh segenap segmen anak muda.
2. Sekarang tengah panas rakyat Malaysia berbicara soal Sukan Sea Kuala Lumpur. Apatah lagi kemuncak semua acara yang dinantikan sudah tentu final Bola Sepak antara Malaysia dan Thailand. Rakyat beratur beberapa kilometer semata untuk dapatkan tiket tengok bola di stadium. Ada yang hampa setelah berjam-jam beratur panjang. Walaupun cabaran pasukan Malaysia untuk menang itu tinggi apatah lagi Thailand adalah bekas juara.
3. Majoriti anak muda sukakan sukan bola sepak. Pemuda PAS kena fikirkan apa ruang untuk sampai dekat pada anak muda. Dewan Pemuda PAS Selangor kerap kali turun ke stadium ketika perlawanan. Menyediakan ruang solat dan mendidik cara mengambil wuduk hanya dengan sebotol kecil air mineral.
4. Tahniah terlebih dahulu boleh diucapkan kepada Exco Agama YB Dato Dr Yunus Hairi, JAIS & Pengurusan Stadium Shah Alam yang telah berbincang untuk penyediaan ruang solat bagi perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea antara Malaysia vs Thailand. 6 lokasi telah dikenalpasti untuk kemudahan orang ramai. Turut sama Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menentukan “Surau Sementara” di perkarangan Stadium Shah Alam bagi memudahkan penonton menunaikan solat dengan selesa.
5. Untuk final bola sepak Sukan Sea kali ni, DPPNS mengarahkan agar DACS kawasan menganjurkan “Big Screen” tayangan secara live perlawanan akhir ini di seluruh Selangor. Selain sokongan kepada pasukan Malaysia, kesempatan disaat anak2 muda berhimpun boleh diselitkan dengan ucapan dan acara2 yang berfaedah. Sekalipun kecil ruang ini, namun usaha dakwah itu memungkinkan ruang untuk mendekati anak muda ini dan mesej Islam boleh disampaikan.
6. Jika tidak diambil ruang ini, berbagai kemungkinan boleh berlaku. Anak muda pasti mencari. Pernah dijadikan ruang untuk berjudi mempertaruhkan sejumlah wang memilih pasukan yang menang atau berapa gol. Pemuda PAS kena usaha fikir bendung perkara ini. Jika ada cara dan kaedah yang lebih baik, boleh terus diaplikasi di peringkat kawasan masing2. Jangan dibiar anak muda hanyut tanpa mengambil peluang walaupun ruang itu kecil.
7. Mudahan usaha kecil dakwah ini, mampu menyentuh hati di kalangan anak muda agar terus bersama nilai2 Islam dan tidak terjebak dengan unsur2 yang melalaikan.
” Esok pagi kita turun Demontrasi pulak di Kedutaan Myanmar “
Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
7 Zulhijjah 1438 H | 29 Ogos 2017
#Green4U
#akupemudapas