Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor
KENYATAAN RASMI
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR
JIKA BENAR DAKWAAN CITF, PEMUDA PAS SELANGOR MOHON SIASATAN DAN TINDAKAN YANG TEGAS DIKENAKAN
1. Pemuda PAS Selangor mengambil maklum berkenaan tular sebuah berita berkenaan ada pihak yang telah menggunakan data peribadi daripada SELangkah, aplikasi yang dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor tujuannya untuk berfungsi seperti MySejahtera, bagi mendaftar tanpa kebenaran di dalam Program Sukarela Pengambilan Vaksin AstraZeneca.
2. Seperti yang kita maklum, berlaku kepadatan luar biasa yang berlaku pada hari pendaftaran online Vaksin AstraZeneca sehingga menimbulkan rasa panik dan takut dikalangan rakyat kerana khuatir akan keselamatan nyawa mereka jika gagal dalam pendaftaran vaksin ini.
3. Sumber mendapati, ada pendaftaran besar-besaran ini datangnya daripada maklumat SELangkah yang menjadikan pendaftaran vaksin menjadi begitu sesak sehingga ramai yang gagal untuk mendaftar. Namun apa yang menjadi persoalan, mereka yang gagal mendaftar ini telah berjaya didaftarkan dan direkodkan temujanji mereka di dalam MySejahtera walaupun gagal untuk mendaftar pada hari tersebut.
4. Keraguan terhadap kekacauan ini wajar dijawab dan diberi tindakan tegas oleh pihak berkuasa jika ianya didapati benar dan pastinya telah mengancam keselamatan para pendaftar dengan maklumat peribadi telah diseleweng dan digunakan tanpa kebenaran!
5. Pemuda PAS Selangor menasihati semua pengguna SELangkah untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan khidmat ini jika maklumat yang diberikan boleh digunakan untuk kepentingan tertentu apatah lagi jika ianya digunakan untuk kepentingan politik oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor