Home Kenyataan Media PAS Selangor

DPPNS | Batalkan Festival Arak Atau Berdepan Bantahan Besar Besaran

571
SHARE

 

1. Batalkan festivel arak atau berdepan dengan bantahan secara besar-besaran umat Islam. Itu sahaja bahasa yang paling layak dalam berdepan dengan penganjur dan mereka yang menyokong program pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual di ibu negara pada 6 Oktober depan.

2. Masyarakat Malaysia sekalipun berbilang kaum amat2 memahami isu yang sensitif ini. Seluruh umat Islam tahu mengenai pengharaman Agama terhadap arak. Begitu juga masyarakat bukan Islam yang lama menetap dengan harmoni dalam negara tahu budaya menyeluruh masyarakat Malaysia. Pesta arak bukan budaya yang diamalkan oleh masyarakat bukan Islam dalam negara kita kerana mereka amat memahami sensitiviti umat Islam. Hanya beberapa “individu dan watak jahat” ini sahaja yang cuba mengapi-apikan masyarakat bukan Islam dan memasukkan budaya liar ini dalam negara kita.

3. Pihak penganjur diberi amaran supaya jangan mencetuskan kemarahan masyarakat dalam negara ini terutamanya umat Islam. Majoriti rakyat adalah beragama Islam dan berpegang dengan agama Persekutuan iaitu Islam. Penganjuran secara terbuka bahkan dirai secara bentuk program festivel dalam skala besar ini tidak wajar diadakan dan sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

4. Dalam mengulas dakwaan Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim bahawa Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan pesta arak itu tetap akan diteruskan meskipun mendapat bantahan dan tentangan daripada PAS. Barangkali Teng Chang Khim sewaktu bercakap dalam keadaan “mabuk”, kerana seluruh negara sedia maklum bahawa majoriti rakyat adalah umat Islam dan majoriti masyarakat bukan Islam tidak suka budaya liar ini di bawa masuk dalam negara. 60 tahun negara Merdeka, masyarakat bukan Islam tidak pernah meminta dianjurkan pesta arak sebegini. Kerana ini bukan budaya masyarakat Malaysia.

5. Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak pihak kerajaan agar bertegas dan tidak benarkan penganjuran ini diadakan. Bukan hanya pada kali ini bahkan sampai bila-bila bentuk program sebegini diharamkan terus dalam negara kita. Jangan mencabar amarah anak muda Islam. Batalkan program ini atau berdepan protes secara besar-besaran.

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

25 Zulhijjah 1438 H | 16 September 2017