Home Artikel PAS Perlis

DPPNPs Rayu Sumbangan Lengkapkan Pusat Media

282
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bagi memenuhi keperluan organisasi, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat media PAS di negeri ini.

Menurut ketuanya Ustaz Muhammad Azmir Azizan, pusat media itu akan berfungsi sebagai pusat untuk semua gerak kerja media parti apabila siap nanti.

Justeru, beliau berkata sumbangan kewangan daripada orang ramai adalah amat diperlukan bagi menjayakan rancangan tersebut.

“Antara kelengkapan yang diperlukan adalah seperti telefon, ‘studio light’, set komputer, pendingin hawa, serta perabot.

“Untuk itu, kos yang diperlukan bagi menyiapkan fasiliti ini dianggarkan sebanyak RM10,000 dan sumbangan daripada para penyumbang amatlah dialu-alukan untuk kami menyempurnakan hasrat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya lagi, sumbangan kewangan boleh disalurkan menerusi akaun DPPNPs bernombor 559012321934 atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Mereka yang menyumbang katanya, perlu memaklumkan pihaknya menerusi whatsapp di http://www.wasap.my/0136346163/infaqpusatmedia untuk tujuan rekod.