Home Artikel PAS Selangor

DPPKK MENGUTUK SEKERASN-KERASNYA TINDAKAN UNTUK MENGHAPUSKAN STATUS AGAMA DALAM KAD PENGENALAN

549 views
SHARE

DPPKK MENGUTUK SEKERASN-KERASNYA TINDAKAN UNTUK MENGHAPUSKAN STATUS AGAMA DALAM KAD PENGENALAN

1. Kewujudan status agama amat penting demi kemaslahatan sejagat apatah lagi melibatkan umat Islam. Ini disebabkan rentetan kes yang agak meruncingkan berlaku dikalangan umat Islam hari ini yang lebih mengutamakan kehidupan moden sehingga mengetepikan syariat, sanggup melakukan perkara luar batasan perintah Allah SWT.

2. Ianya termaktub pada undang-undang dan perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama berpelembagaan. Oleh sebab itu, kenapa perlu mengetepikan status agama sedangkan agama Islam perlu diletakkan pada tempat yang sebaiknya. Diantara yang lain untuk urusan dengan hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

3. Selain itu status agama juga membantu dalam urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang kekeluargaan. Misalnya dalam soal pendaftaran perkahwinan apatah lagi melibatkan umat Islam yang diperincikan berkaitan nasab, wali dan lain-lain.

4. Dalam Maqasid Syariah sendiri mengetengahkan prinsip asas berkaitan 5 aspek penting antara iaitu memelihara agama dan keturunan (nasab).

5. Perbezaan kaum dan agama adalah realiti yang tidak boleh dihapuskan. Apa yang perlu ialah sikap terbuka, saling menghormati, harmoni, dan tolak ansur. Agama Islam tidak pernah menekan agama lain ketika berada di bawah perintahan Islam seperti mana yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para khulafak ar-Rasyidin. Bahkan pelbagai keistimewaan yang diberikan kepada mereka selagi mana ia tidak memberikan ancaman kepada umat Islam sejagat.

6. Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang mengutuk sekeras-kerasnya usul cadangan yang diketengahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menghapuskan status agama dalam kad pengenalan. Sebaiknya mengekalkannya, serta fokus dalam pembangunan negara agar seluruh rakyat dapat keistimewaan dan faedah untuk kehidupan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Ustaz Solihuddin Bin Mohamad Jahar
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang (DPPKK)
30 April 2019