Home Berita PAS Selangor

DPPK Kuala Langat menyediakan bekalan kain kafan – DPPK Kuala Langat

180
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 7 Ogos – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat, setelah mendapat info mengenai beberapa hospital yang kekurangan bekalan kain kafan untuk pengurusan jenazah COVID-19, mereka telah mengambil inisiatif untuk menyiapkan dan membekalkan set kain kafan kepada pihak hospital.

Kain kafan tersebut siap dipotong, lipat dan dibungkus, bagi memudahkan pihak pengurusan hospital untuk menggunakannya. Sebanyak 135 set kain kafan yang telah berjaya disiapkan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada sahabat-sahabat pemuda PAS Kuala Langat yang bertungkus lumus membantu. Pada hari berikutnya, kesemua set kain kafan tersebut akan diedarkan kepada pihak hospital.

Semoga dengan inisiatif dan usaha ini dapat memudahkan pihak hospital lebih-lebih lagi bagi pengurusan jenazah COVID-19 dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan bagi para frontliners dan juga para petugas kebajikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor