Home Berita PAS Perlis

DPPK Kangar Akan Anjur Kem Generasi Al-Quran

610
SHARE

KANGAR – Akademi Kepimpinan Remaja, Dewan Pemuda Pas Kawasan Kangar bakal menganjurkan Kem Generasi Al-Quran (Gen Q) Edisi ke-13. Kem Gen Q ini dijangka berlangsung pada 5 Jun sehingga 8 Jun 2017 yang bertempat di Sekolah Rendah Islam Al Furqan,Perlis.

Kem ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 sehingga 12 tahun tanpa mengira jantina. Para peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM 100 sahaja untuk mengikuti kem ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada peserta. Antara aktiviti tersebut ialah hafazan Al-Quran, Hadis dan Doa, Fiqh Ramadhan, Smart Ibadah dan Pembangunan Jati Diri.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk membentuk jatidiri sebagai seorang muslim melalui penekanan Aqidah, Ibadah dan Akhlak dalam diri setiap peserta. Selain itu, kem ini juga bertujuan mendedahkan para peserta dengan kefahaman sebenar mengenai Madrasah Ramadhan supaya dapat diamalkan sepanjang hayat. Kem ini juga diharapkan dapat meningkatkan motivasi para peserta untuk mendalami Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.

Menurut Pengarah Kem Gen Q, Saudara Abu Huzaifah Azman,penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah sangat penting dalam kehidupan seharian. Justeru katanya, para ibubapa perlulah menitikberatkan aspek pendidikan anak-anak supaya mereka dididik di landasan yang betul, selaras dengan ajaran Islam.

{jathumbnail off}