Home Artikel PAS Selangor

DPP Klang | “Khilaf Bukan Masalah Prioriti”

1713
SHARE


Khilaf Bukan Masalah Prioriti

Ibnu Kathir meriwayatkan, sekumpulan rombongan yang datang dari Iraq pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang hukum darah nyamuk ketika berihram. Lantas Ibnu Umar melenting kerana soalan sedemikian bukan keutamaan ketika itu. Sedangkan kespembunuhan Saidina Hussein masih belum terbela. Beliau berkata “lihatlah mereka, bertanya tentang hal darah nyamuk, pada masa yang sama mereka menumpahkan darah cucu Rasulullah SAW. (Al-Bidayah Wa al-Nihayah)

Pengajaran daripada kisah diatas, Ibnu Umar seorang yang berilmu dan faqih, beliau boleh sahaja untuk menjawab soalan yang diajukan cumanya umat islam perlu memikirkan masalah yang lebih besar dan utama, bukannya sibuk dengan perkara yang khilaf yang tidak habis. Terdapat sebahagian umat islam yang suka menimbulkan perkara khilaf pada masyarakat awam.

Memperbahaskan isu bid’ah dan mempersoalkan soalan furu’ yang sememangnya setiap perkara tersebut ada percanggahan akan tetapi banyak menghabiskan perkara sedemikian sehingga umat Islam lupa akan prioriti semasa umat Islam.

Dr. Yusuf Al-Qardawi menegaskan ” menjadi satu pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawa mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furu’ feqh atau pinggiran aqidah”.

Menyebabkan umat Islam tidak prihatin dengan caturan politik dunia yang membunuh ramai nyawa terutama umat islam itu sendiri. Musuh lebih suka melihat umat Islam yang berdebat dengan perkara yang remeh-temeh. Kebiasaanya, orang yang suka berbalah dengan perkara khilaf anti dengan gerakan islam dan mesra terhadap sekular.

Diantara permainan iblis “Sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat syara’ yang halus diantara mazhab-mazhab” ( Imam Abu Al-Farj Al-Jauzi)

Mohamad Farouk Hamzah
lajnah Pengkaderan
Dewan Pemuda PAS Klang
22 Disember 2017