Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Hulu Selangor | Semakin hari kes semakin meningkat dengan mendadak. Kes harian sudah mula mencecah angka 8000. Perkara ini semakin parah dan menakutkan semua warga Malaysia khususnya apabila dikejutkan dengan keberadaan varian Covid-19.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan menguatkuasakan “total lockdown” pada 1 Jun 2021. Semoga dengan tindakan kerajaan yang berdurasi 2 minggu ini dapat membantu negara mengurangkan kes kumulatif harian.
YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tuan Hj Hasnizan Harun mengajak agar kita sama-sama kuatkan rohani dalam melawan wabak Covid-19 dengan mengamalkan doa-doa dan zikir.
InsyaAllah, semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari segala musibah. AMiin Yarabbal’alamin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor