Home Berita PAS Pulau Pinang

DOA DAN AIR MATA MENGIRINGI PERJALANAN PESERTA JAULAH DAN ZIARAH AMAL KE MASJID RUSILA

94
SHARE

MARANG – Buat julung kalinya Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) telah menganjurkan Jaulah dan Ziarah Amal ke Terengganu. Program yang bermula pada pagi jumaat 2 Jun 2023 bermatlamat supaya peserta jaulah lebih mengenali susuk tubuh Murabbi Ummah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dengan lebih dekat.

Program yang di ilhamkan oleh Pengarah JAMNPP Tuan Ahmad Anuar Bin Zainal Abidin itu telah direalisasikan oleh Unit Tarbiah JAMNPP. Peserta jaulah yang di jadualkan akan memulakan perjalanan pada malam jumaat dan akan mengikuti tantatif penuh pada keesokan harinya.

Namun perjalanan program jaulah dan ziarah amal ini akan menjadi kenangan pahit manis suka dan duka buat seluruh angota JAMNPP. Sebelum program jaulah dan ziarah amal bermula, Angota JAMNPP telah menerima khabar duka apabila dua angota amal yang komited dengan kerja jamaah telah dijemput pulang kekampung abadi.

Perjalanan ke Terengganu tetap diteruskan walaupun terpaksa dilewatkan bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah seorang angota amal yang akan disemadikan pada malam itu juga.Dua buah van yang memuatkan 18 peserta telah memulakan perjalanan pada jam 11 malam dan selamat sampai di masjid rusila ketika jemaah baru menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh berjemaah semua peserta diberi ruang untuk mengurus diri dan makan pagi sebelum bermulanya kuliah dhuha.

Tepat jam 8 pagi semua peserta sudah berada di barisan hadapan bagi melihat dan mendengar secara langsung Tuan Guru Hj Abdul Hadi menyampaikan kuliah. Selesai kuliah dhuha peserta dibawa ke rumah Tuan Guru Hj Abdul Hadi untuk mendengar nasihat dan mengambil mutiara kata dari Tuan Guru untuk semua angota amal yang menyertai jaulah dan ziarah amal ini.

Masa yang terluang selepas bertemu Tuan Guru peserta mengambil peluang untuk bersantai seketika di tepi pantai sebelum menyertai solat jumaat yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga. Kemudian peserta dijamu makan tengah hari oleh Muhammad Tajri seorang angota amal pulau pinang yang kebetulan pulang bercuti kerumah mertuanya berdekatan dengan masjid rusila.

Sebelum pulang ke pulau mutiara peserta dijadualkan bertemu dengan Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu Tuan Mohd Sazmizie Bin Hasan. Selepas pertemuan itu peserta dibawa ziarah kubur Ustaz Abu Bakar Chik yang banyak berjasa kepada Jabatan Amal Malaysia.Selesai pertemuan itu peserta jaulah dan ziarah amal dibawa untuk membeli belah sebelum berangkat pulang ke pulau pinang untuk menyambung perjuangan mengakat Islam di tempat yang paling tinggi InsyaAllah – Tongkat Seri

Sumber :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fR3ng4u49SzdHQcZ1PSx8tje4dT1fRtVrtRLreQNCc79Fh7wSWC8yCGE5ZKCS2YLl&id=100064678002895&mibextid=Nif5oz