Home Berita PAS Selangor

Doa berlindung daripada virus penyakit – PAS Kawasan Ampang

397
SHARE

May be an image of text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Pelbagai ikhtiar yang pihak kerajaan telah lakukan untuk menentang virus Covid-19. Untuk negara kita mencapai kemenangan melawan virus ini adalah dengan berkerjasama. Pihak kerajaan akan menyediakan semampu yang boleh seperti vaksin dan sebagainya, manakala rakyat pula patut membantu merka dengan mendisiplinkan diri tidak keluar rumah, menjaga SOP dan mengambil vaksin.

Oleh itu, dengan kerjasama yang padu antara rakyat dan kerajaan, negara kita boleh mencapai kemenangan dengan mudah. Selain itu, semua warga Malaysia juga perlu mengambil ikhtiar daripada segi rohani. Banyakkan berdoa, berzikir dan solat hajat meminta kepada Allah SWT agar mengangkat wabak Covid-19 ini.

PAS Kawasan Ampang dalam media sosial mereka menyatakan seruan agar kuatkan amalan rohani dalam melawan pandemik ini dengan banyak berzikir dan membaca doa berlindung daripada virus penyakit. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada para frontliners dan seluruh warga Malaysia dan juga mengangkat segala wabak Covid-19 ini InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor